BAC: Aaron Chia-Wooi Yik Tempah Tiket Separuh Akhir, Singkirkan Fajar-Rian
UltraSukan
Badminton Asia
Sponsors

Bekas juara dunia 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meneruskan kecemerlangan dalam saingan Badminton Asia Championships (BAC) 2025 apabila mara ke peringkat separuh akhir.

Aaron-Wooi Yik mara selepas menyingkirkan pilihan ketiga kejohanan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di peringkat suku akhir.

Ad

Meskipun bergelut dengan kecederaan bahu, itu tidak menghalang Aaron dan Wooi Yik mengintai slot ke separuh akhir. Fajar-Rian menjadi penghalang antara mereka dengan slot berkenaan.

Ad

8 pertemuan terakhir mereka menyaksikan kedua-dua beregu masing-masing meraih empat kemenangan. Kali terakhir mereka bertemu ialah saingan World Tour Finals 2024.

Fajar-Rian memberi tentangan sengit kepada Aaron-Wooi Yik sebelum tewas dengan keputusan 21-19, 14-21, 21-15.

Ad

Set pertama menyaksikan kedua-dua beregu bersaing sengit mendapatkan mata. Aaron-Wooi Yik kemudiannya mendahului pada kedudukan 11-8.

Ad

Fajar-Rian cuba merapatkan jurang mata pada kedudukan 14-10. Walau bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik kekal tenang sebelum meraih kemenangan 21-16.

Ad

Set kedua menyaksikan Fajar-Alfian cuba bangkit agar dapat mengheret perlawanan ke set ketiga. Malangnya, Aaron-Wooi Yik makin cemerlang apabila mendahului pada kedudukan 11-7.

Dominasi pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu sukar dicabar juara Japan Masters 2024 itu. Itu sudah cukup buat Aaron-Wooi Yik meraih kemenangan set kedua dengan keputusan 21-11.

Aaron-Wooi Yik bakal berdepan beregu nombor tiga dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang di peringkat separuh akhir.

Wei Keng-Wang Chang mara selepas menyingkirkan satu lagi pasangan Indonesia, Shohibul Fikri-Daniel Marthin dalam satu lagi aksi suku akhir.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments