BAC: Juara Dunia Jadi Ujian Pertama Ng Tze Yong
UltraSukan
Sponsors

Ng Tze Yong bakal berdepan cabaran sukar menjelang saingan Badminton Asia Championship (BAC) 2025.

Ini kerana naib juara Arctic Open 2023 itu bakal berdepan juara dunia perseorangan lelaki dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn. Ini berdasarkan cabutan undi yang disiarkan laman sesawang rasmi BAC 2025.

Ad

Selepas berehat lama akibat kecederaan di bahagian belakang, Tze Yong berharap dapat membuat kemunculan semula dalam satu kejohanan pada April.

Ad

Kelebihan perlindungan ranking yang dimilikinya sebelum ini membolehkan beliau layak beraksi dalam saingan BAC 2025.

Meskipun begitu, pemain berusia 24 tahun itu berdepan cabaran Kunlavut dalam aksi pusingan pertama kejohanan itu.

Ad

Selain berstatus juara dunia, jaguh Thailand itu juga merupakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2024 dalam acara perseorangan lelaki.

Ad

Kali terakhir kedua-duanya bertemu ialah saingan Singapore Open 2023 dengan Kunlavut mengungguli satu-satunya pertemuan mereka itu.

Ad

Selain Tze Yong, Leong Jun Hao turut berdepan cabaran sukar dalam BAC 2025. Ini kerana beliau perlu berdepan pemain nombor 11 dunia dari Chinese Taipei,  Lin Chun Yi.

Justin Hoh menjadi wakil ketiga negara dalam acara perseorangan lelaki. Walau bagaimanapun, beliau perlu melepasi pusingan kelayakan sebelum bertemu Jeon Hyeok-jin dari Korea Selatan.

Saingan BAC 2025 kali ini menyaksikan tiada kelibat jaguh negara, Lee Zii Jia. Zii Jia mengambil langkah memohon perlindungan ranking bagi membolehkan beliau fokus kepada pemulihan kecederaan buku lalinya.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments