Baddrol Bakhtiar Kembali Ke Darul Aman
Liga Super
Kedah Darul Aman
Advertisements

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar kembali menjejakkan kaki ke Stadium Darul Aman, Kedah.

Baddrol hadir ke stadium bagi memberi sokongan buat pasukan Kedah Darul Aman dalam aksi Liga Super 2023 yang berlangsung malam semalam.

Skuad Sang Kenari berjaya mengikat pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 3-3. Bekas kapten pasukan Kedah itu menjadi saksi kepada aksi dramatik yang ditampilkan kedua-dua pasukan.

Advertisements

Turut hadir bersama, Ahli Dun Alor Mengkudu yang juga merangkap Exco Belia & Sukan Negeri Kedah, Radhi Mat Din.

Baddrol bersama Radhi diberi penghormatan untuk duduk di kawasan VIP bersama penaung KDA FC, Tan Sri Daud Bakar dan CEO KDA FC, Khamal Idris Haji Ali.

Advertisements

Perlawanan antara Kedah dan JDT itu berjaya mencatat kehadiran seramai 12,000 ribu penonton yang hadir membanjiri stadium. Kedah bakal meneruskan kempen Liga Super berdepan KL City pada Sabtu, 30 September di Stadium Cheras, Kuala Lumpur.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram