Baddrol Bakhtiar Kembali ‘Perkuat’ Kedah
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Lagenda bola sepak Malaysia, Baddrol Bakhtiar kini disahkan kembali memperkuat pasukan utara, Kedah Darul Aman FC (KDA).

Perkara itu telah diumumkan secara rasmi pengurusan Sang Kenari menerusi laman sosial rasmi mereka sebentar tadi sebagai pengurus pasukan KDA.

Selepas menceburi bidang politik, Baddrol Bakhtiar dilihat memberikan fokus sepenuhnya kepada bidang baharunya itu.

Advertisements

Walau bagaimanapun, cinta beliau terhadap bidang bola sepak tidak akan hilang dan kini beliau mengambil keputusan kembali ke negeri kelahiran iaitu Kedah.

Pada musim 2023, Baddrol dilihat kembali beraksi secara aktif sebagai pemain buat Team Bola BB7 dalam satu aksi persahabatan menentang Petronas.

Untuk rekod, pada musim 2023 Baddrol sempat beraksi dalam 15 perlawanan buat Sabah FC dan berjaya mencetak 5 jaringan dan turut menyumbang dua bantuan gol.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram