Baddrol Bakhtiar Nafi Tinggalkan Sabah
Dunia
Sabah Football Club
Advertisements

Sebelum ini, terdapat ura-ura yang menyatakan bahawa pemain tengah berpengalaman, Baddrol Bakhtiar akan meninggalkan Sabah musim ini. 

Hal ini terjadi apabila pemain tengah Sabah itu memuat naik satu hantaran video mengenai pasukan Sabah dengan warna hitam putih yang selalunya membawa maksud perpisahan. 

Walaubagaimanapun, bekas pemain kebanggsaan itu telah pun membuat penjelasan mengenai video tersebut. 

Advertisements

Beliau menyatakan bahawa video tersebut dihasilkan oleh pasukan media Sabah yang membawa maksud penat lelah barisan pemain dalam mengharungi saingan Liga pada musim ini. 

“Video itu menggambarkan keharmonian dan kerja keras kami berpasukan tahun ini. Ianya dihasilkan oleh media Sabah FC dan bagi saya ianya adalah satu video yang sangat bermakna buat para pemain dan juga untuk meningkatkan semangat buat para penyokong Sabah.

Dalam pada itu, pemain 34 tahun ini yakin dengan kemampuan setiap pemain untuk pamer persembahan terbaik berdepan UiTM dalam saingan Piala Malaysia hari ini. 

Advertisements

Beliau berpendapat pemansuhan peraturan gol tempat lawan bagi setiap pasukan. 

“Untuk perlawanan menentang UiTM FC, persiapan kami berjalan seperti biasa meskipun kekurangan pemain import yang mengalami kecederaan namun siapa pun pemain tempatan yang diturunkan mampu menggalas cabaran yang ditugaskan.

“Pemansuhan peraturan gol di tempat lawan ini perlu diambil dari sudut positif untuk mengelakkan tekanan kepada kami dan bagi Sabah FC setiap perlawanan itu sangat penting dan berharap dapat membawa keputusan positif balik ke Likas,” kata Baddrol kepada Flash Sukan.

Advertisements

Baddrol turut mengharapkan sokongan padu daripada penyokong tidak kira beraksi di tempat lawan atau di laman sendiri nanti. 

“Kami mengharapkan penyokong teruskan menyokong kami terutama di Lembah Klang esok (Rabu) dan tidak kira di mana juga kami bermain sama ada di utara, selatan mahupun Pantai Timur tetapi yang paling penting ketika kami beraksi di Likas.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram