Baddrol Tekad Revolusikan Sabah
MakanBola
sabahfootballclub
Sponsors

Ketua pasukan skuad kebangsaan, Baddrol Bakhtiar memilih untuk sertai Sabah kerana reformasi yang mahu dilaksanakan oleh jurulatih Sabah, Ong Kim Swee pada saingan Liga Malaysia musim 2022 ini.

Pemain berusia 33 tahun ini tekad membantu Sabah kembali dikenali sebagai pasukan yang terbaik dalam kancah Liga Malaysia. Beliau percaya kredibiliti yang ada pada Kim Swee mampu merevolusikan skuad Sang Badak pada musim akan datang.

Ad

“Saya memilih sabah kerana satu pembaharuan yang dilakukan dato ong, impikan satu kejayaan dan ingin menaikkan kembali nama negeri sabah pada tahun ini,” kata Baddrol dalam Awani.

Ad

Dalam pada itu, pemain kacukan Malaysia-Singapore, Dominic Tan berhasrat untuk memberikan yang terbaik buat pasukan Sabah. Beliau menyifatkan bukan mudah untuk bersaing di Liga Malaysia.

“Saya mahu buat yang terbaik dan bantu pasukan, bukan senang bermain di liga Malaysia,” jelas dominic kepada Awani.

Ad

Pemain pertahanan Kedah, Rizal Ghazali menyatakan keinginannya untuk duduk dibawah naungan Ong Kim Swee meskipun terdapat beberapa tawaran yang beliau terima sebelum ini.

Ad

“Ada tiga pasukan memberi tawaran kepada saya. Namun, saya fokus untuk duduk bawah Ong Kim Swee,” kata Rizal dalam Awani.

Ad