Ads
Asia
Central Coast Mariners

Juara A-League musim lepas, Central Coast Mariners terus dihantui badi kekalahan apabila tewas buat kali ketiga hari ini.

Advertisements

Kali ini, giliran Brisbane Roar pula yang menewaskan The Mariners di gelanggang mereka sendiri, Stadium Central Coast.

Advertisements

Walaupun menikmati empat kemenangan dalam Piala AFC selepas tewas 1-0 kepada Terengganu FC pada September lalu, CCM mengalami prestasi buruk dalam A-League.

Advertisements

Advertisements

Selepas tewas kepada MacArthur dan Perth Glory, anak-anak buah Mark Jackson berharap perlawanan menentang The Roar hari ini dapat menamatkan pencarian tiga mata sulung mereka.

Bagaimanapun, tuan rumah ketinggalan menerusi gol pemain tengah Perancis, Florin Berenguer pada minit ke-19.

Advertisements

Tersentak, The Mariners bangkit memburu gol penyamaan. Hasilnya, Alou Kuol menyumbat gol penyamaan buat tuan rumah pada minit ke-31.

The Mariners menyangka telah mendapat sepakan penalti pada minit ke-37 selepas Christian Theoharous dijatuhkan dalam kotak penalti. Bagaimanapun, penalti tersebut ditarik balik selepas diperiksa oleh VAR.

The Roar kembali di hadapan pada minit ke-41 menerusi Thomas Waddingham. Keputusan 2-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, permainan lasak yang ditampilkan kedua-dua pasukan memaksa pengadil bekerja keras mengawal perlawanan.

Brisbane Roar kemudiannya dipaksa bermain dengan 10 orang pemain apabila Joe Calletti mengutip kad kuning kedua pada minit ke-57,

The Mariners turut mengalami nasib sama apabila Harry Steele diperintah keluar padang oleh pengadil pada minit ke-63.

CCM terus memberi tekanan kepada The Roar bagi mendapatkan gol penyamaan tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Walaupun tewas, Marco Tulio diangkat Sofascore sebagai pemain terbaik CCM dengan markah 7.9 mata. Manakala Berenguer pula pemain terbaik Roar dengan 7.8 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram