Badrul Afzan: Terengganu Hilang Fokus Di 20 Minit Terakhir
MakanBola
TFC/JST

Jurulatih Terengganu, Badrul Afzan melihat kehilangan fokus di penghujung aksi menjadi punca anak-anak buahnya tewas di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia.

Dalam perlawanan yang berlangsung pada Jumaat, peledak berbisa Harimau Malaya, Romel Morales meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-17 berpunca dari situasi tendangan sudut.

Ad

3 lagi gol JDT disumbangkan oleh Arif Aiman dan Bergson dalam tempoh 11 minit terakhir permainan dengan pemain sayap kebangsaan itu meledak dua jaringan di Gong Badak.

Ad

Oleh itu, Badrul Afzan melihat pemain-pemainnya kehilangan fokus terutamanya di penghujung aksi menyebabkan gawang Terengganu dibolosi sehingga tewas dengan defisit 4 gol.

”Tahniah kepada para pemain yang berjuang bermati-matian, kita bermain baik di separuh masa pertama.”

Ad

“(Akan tetapi) 20 minit terakhir kita kehilangan fokus dan tumpuan menyebabkan kita dibolosi 3 gol dalam tempoh tersebut,” kata Badrul Afzan kepada Astro Arena selepas aksi.

Ad

Walau bagaimanapun, Badrul menganggap keputusan di Gong Badak ini sebagai satu pengalaman berguna untuk anak didiknya menjelang perlawanan di masa akan datang.

Ad

”Apa-apapun satu pengalaman yang baik untuk pemain-pemain Terengganu,” tambah beliau lagi.

Aksi timbal balik bakal berlangsung pada 1 Februari hadapan di Stadium Sultan Ibrahim namun Terengganu dan JDT bakal bertemu dalam saingan Liga Super pada 25 Januari di Gong Badak.