Bahrain Uji Pasukan Ke-25 Dunia
Asia
MakanBola
FA Bahrain
Advertisements

Pasukan Asia Barat, Bahrain menjadikan pasukan keempat terbaik Asia, Australia sebagai perlawanan pemanas badan terakhir sebelum ke Piala Asia 2023.

Ini peluang terakhir buat jurulatih The Reds, Juan Antonio Pizzi menilai keserasian barisan 26 pemain hari ini sebelum kempen Piala Asia bermula.

Advertisements

Australia menjadi pilihan Pizzi kerana kualiti yang dimiliki The Socceroos mirip dengan pasukan yang berada dalam Kumpulan E, Korea Selatan.

Ini kerana majoriti pemain Australia yang dipanggil Graham Arnold untuk Piala Asia 2023 berpangkalan di Eropah.

Advertisements

Antara nama-nama yang dipanggil Arnold untuk Piala Asia ialah Matt Ryan (AZ Alkmaar), Harry Souttar (Leicester City), Riley McGree (Middlesbrough) dan Martin Boyle (Hibernian).

Advertisements

Selain itu, The Socceroos turut diperkuat beberapa pemain yang beraksi di Asia seperti Mitchell Duke (Machida Zelvia), Craig Goodwin (Al-Wehda) dan Thomas Deng (Albirex Niigata).

Dengan status mereka sebagai pasukan ke-25 terbaik dunia mengikut kedudukan terkini ranking FIFA, Australia mahu membuktikan mereka sebagai satu pasukan yang patut dihormati.

Advertisements

Kedua-dua pasukan memiliki rekod yang hampir sama dalam lima perlawanan antarabangsa terakhir iaitu tiga kemenangan, satu kekalahan dan satu keputusan seri.

Advertisements

Bahrain dan Australia bakal bersemuka di Stadium Baniyas, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada jam 10.00 malam ini.

Setelah itu, kedua-dua pasukan bakal mengalihkan fokus kepada kempen kumpulan masing-masing dalam Piala Asia 2023.

Advertisements

The Socceroos turun menentang India untuk aksi pertama Kumpulan B pada 13 Januari ini. Sementara The Reds pula menentang Korea Selatan dalam Kumpulan E pada 15 Januari.

News Comments Account