Advertisements
Bajet Kedah Berkurang 35% Di Liga Super
Liga Super
MakanBola
KDA FC

Pemilik majoriti kelab Kedah Darul Aman FC (KDA), Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar mengatakan bajet untuk pasukan Kedah berkurang 35% di Kejohanan Liga Super 2024/2025.

Perkara itu disahkan oleh pemilik majoriti kelab KDA di dalam sidang media status terkini dan perancangan Kedah Darul Aman di Alor Setar sambil ditemani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Shahrul Samsudin dan ketua jurulatih, Nafuzi Zain semalam.

Beliau akui pihak pengurusan KDA memandang serius dan mengambil ikhtibar daripada segala isu kemelut yang berlaku di dalam pasukan di samping merancang sesuatu buat Sang Kenari bagi kelancaran dalam persiapan Liga Super yang dijadualkan bermula Mei ini.

”Berkenaan status bajet pasukan KDA FC, pihak pengurusan merancang untuk peruntukan yang lebih kecil daripada sebelum ini. Dianggarkan 35% pengurangan bajet,” katanya.

“Dan satu kejuaraan sudah dianggap bonus memandangkan pada tahun ini telah melakukan penstrukturan semula,” ujarnya.

“Kami menyasarkan mengekalkan status empat pasukan terbaik dalam Liga Super dan sekurang-kurangnya ke suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia,”

Beliau dalam perkembangan yang sama turut mengumumkan sasaran pengendali skuad Sang Kenari, Nafuzi Zain kekal dengan status selaku empat pasukan terbaik Liga Super, sekurang-kurangnya KDA melayakkan diri ke suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia musim ini.