Bakal Ada Kejutan Dari Peter Cklamovski?
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Peter Cklamovski dijangka tampil dengan kejutan Jun ini.

Skuad kendaliannya mencatatkan kemenangan mudah 2-0 berdepan pasukan ke-175 dunia, Nepal pada aksi pembukaan Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027.

Ad

Harimau Malaya kini perlu menghadapi pasukan gergasi Asia Tenggara, Vietnam pada aksi kedua yang dijadualkan berlangsung di laman sendiri pada 10 Jun 2025 ini.

Ad

Kehadiran dua tonggak warisan baharu, Hector Hevel dan Gabriel Palmero memberi sinar baharu kepada pasukan kebangsaan yang bakal menerima sentuhan lebih ramai pemain warisan.

Perkara ini dikongsikan oleh DYAM Tunku Ismail sekali gus mencetuskan rasa teruja dalam kalangan peminat.

Ad

Baru-baru ini, barisan kejurulatihan Harimau Malaya membuat kejutan apabila berkunjung untuk melihat aksi Piala MFL 24/25 antara Selangor menentang KL City Extension.

Ad

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski turun untuk memantau aksi tersebut untuk melihat persembahan pemain muda secara lebih dekat.

Ad

“Barisan kejurulatihan Harimau Malaya yang diketuai oleh Peter Cklamovski turun memantau perlawanan Piala MFL untuk melihat aksi pemain muda negara secara lebih dekat.

Situasi ini memberi bayangan bahawa pengendali kelahiran Australia itu bakal membuka peluang kepada pemain muda untuk merebut tempat bersama pasukan kebangsaan.

Aksi berikutnya buat skuad negara adalah perlawanan kedua Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun 2025 di laman sendiri.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments