Advertising
Bakat Baru: Peledak Prolifik Warisan Malaysia ‘RM5 Juta’ Ditemui Di Belanda
Harimau Malaya
MakanBola
Ferdy Druijf

Bakat baru bola sepak Malaysia kini semakin hangat diperkatakan selepas tular kelibat seorang penyerang tinggi lampai yang dikenali sebagai Ferdy Druijf.

Perkara ini dikongsikan oleh laman Frfuturetalents berkenaan kelibat pemain berusia 25 tahun yang sedang menyinar di Belanda.

Ad

Beliau lahir di Uitgeest, Belanda dan memulakan kerjaya awal bersama salah sebuah akademi bola sepak terbaik di sana iaitu Az Alkmaar Youth sebelum berjaya menembusi skuad utaka pada tahun 2019.

Ad

Pemain berketinggian 1.90 meter ini merupakan pemain yang cukup versatil dan boleh beraksi pada beberapa posisi seperti pemain tengah menyerang dan juga penyerang utama.

Druijf ketika ini beraksi buat kelab Liga Austria, Rapid Vienna selepas tamat tempoh pinjaman bersama kelab Liga Utama Belanda, PEC Zwolle.

Ad

Beliau dinilai pada tanda harga 1 Juta Euro (RM5.13 Juta) dan dikatakan memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi ibunya.

Ad

Pemain tinggi lampai ini memiliki rekod jaringan memukau apabila meledak 112 gol dalam 226 penampilan sepanjang kariernya menurut statistik Transfermarkt.

Ad

Bekas pemain pasukan kebangsaan Belanda U20 ini juga memiliki pengalaman luas dalam pentas bola sepak antarabangsa bersama The Orange U20, U18 dan U17.

https://www.instagram.com/p/C2znY-7hUN4/?igsh=MTh3bG00OTFoaGdrYw==

Lebih mengejutkan, pemain ini sudah mengikuti laman sosial rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekaligus menguatkan keinginannya untuk beraksi buat Harimau Malaya.