Advertising
Bakat Faisal Halim Jadi Jurulatih Terserlah
MakanBola
Selangor FC

Bakat pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim sebagai jurulatih terserlah baru-baru ini.

Ini selepas pemain sayap kebangsaan itu membimbing pasukan Akademi DNA Faisal Halim dalam saingan Kejohanan Bolasepak Permatang Pauh Madani Bawah 12 Tahun pada 1 Januari lalu.

Kejohanan yang diadakan di Mengkuang Titi, Penanti itu menarik penyertaan 18 pasukan termasuk dari Pulau Pinang dan Kedah.

Ad

Menariknya, karisma Faisal sebagai jurulatih pasukan itu terserlah menerusi satu video TikTok yang dikongsikan pengacara Sukan RTM, Zachki Ahmad Suri.

Ad

Video berdurasi 28 saat itu menunjukkan Faisal dilihat bersemangat dalam memberi arahan kepada anak buahnya dari tepi padang.

Sebaik video tersebut dimuat naik di media sosial, ramai peminat bola sepak teruja melihatnya sebagai jurulatih.

Ad
Ad

Seorang pengguna TikTok bernama FikriZaki09 melihat Faisal memiliki potensi menjadi seorang jurulatih. “Ada potensi boleh jadi jurulatih nanti,” katanya di ruang komen.

Ad

Seorang pengguna lain bernama Asrul Anuar Asrul menyifatkan gaya yang ditampilkan bekas pemain sayap Terengganu FC itu mirip jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah.

“Gaya Yusri Che Lah ada juga itu. Semoga dipermudah urusan anda, Faisal Halim,” tambahnya.

Seorang lagi pengguna TikTok bernama Mohammad Ami melihat ini peluang Faisal untuk merancang masa depannya sebagai jurulatih.

“Faisal sudah boleh pelan perlahan-lahan masa depan. Boleh ambil lesen kejurulatihan. Perlahan-lahan,” katanya.

“Mana tahu akan datang nanti, ada ruang untuk Faisal dalam pasukan Malaysia. Tiada dalam senarai pemain, Insya Allah dalam pengurusan.”

@zachki77

Aksi Faisal Halim ketika menjadi jurulatih pasukan U12 di Padang Mengkuang Titi pada 1 Jan 2025 @faisal halim

♬ original sound – ZACHKI SURI – ZACHKI SURI

Faisal dapat bermain selama 90 minit dalam aksi kedua suku akhir MFL Challenge Cup menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) baru-baru ini.

Kudratnya dijangka ditagih jurulatih Jepun, Katsuhito Kinoshi untuk aksi menentang KL City FC pada 12 Januari ini.