Bali United Kaji Peta Kekuatan Sebenar Terengganu
MakanBola
Bali United
Sponsors

Pasukan Liga 1 Indonesia, Bali United sudah mula mengkaji taktikal dan corak permainan pasukan Terengganu menjelang pertembungan Piala AFC 2023.

Pasukan Terengganu dan Bali United berada bersama 2 lagi pasukan dalam Kumpulan G (Asean Zone) bagi kejohanan AFC Cup 2023 iaitu Stallion Laguna Philippines dan Central Coast Mariners.

Ad

Pengendali Bali United, Stefano Cugurra mengakui Terengganu merupakan antara pasukan yang hebat dalam saingan Liga Malaysia. Beliau dan kem kejurulatihannya kini sedang giat mempersiap pasukan untuk mengkaji kekuatan lawan.

Ad

“Terengganu FC adalah pasukan yang bagus di Liga Super Malaysia. Mereka merupakan pasukan yang kuat dan kami menjangkakan satu perlawanan yang sengit di pentas Piala AFC.”

Bali United kini berada di kedudukan ke-8 dalam carta Liga 1 2023/2024 dengan 5 kemenangan, 2 seri dan 4 kekalahan dicatat. Secara keseluruhannnya, Bali United mengumpul 17 mata untuk saingan liga musim ini.

Ad

Pertemuan kedua pasukan negara jiran ini dijadualkan berlangsung pada Rabu, 4 Oktober di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Gianyar. Aksi di laman Terengganu pula akan diadakam pada 13 Disember di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ad