Bangkit Tewaskan Kyrgyzstan, Kim Pan-gon Dedah Ungkapan Semasa Rehat Kepada Pemain
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon berkongsi kisah di bilik persalinan ketika kejayaan mengejutkan Kyrgyztan pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 yang lalu.

Aksi kebangkitan itu menjadi tumpuan peminat bola sepak dunia bahkan menjadi salah satu topik yang dibahas ketika Kim Pan-gon ditemu bual oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Advertisements

Pan-gon menceritakan bahawa ramai pihak termasuk pemainnya terlalu mengambil mudah dan tidak menghormati lawan sehinggakan mereka ketinggalan kepada Kyrgyztan sebaik babak pertama berakhir.

“Semua orang di Malaysia menganggap kami akan mengalahkan Kyrgyzstan, yang berada di kedudukan ke-97!” ujar jurulatih kelahiran Korea Selatan itu.

“Pada hari perlawanan, saya rasa pemain pun menyangka kami boleh menang dengan mudah. Kami menjaringkan gol pertama dan mempunyai peluang untuk menambah jaringan, tetapi kami tidak mengambilnya, mungkin kerana pemain fikir ia akan menjadi mudah”, tambah beliau lagi.

Advertisements

“Saya fikir itu tidak menghormati lawan kami. Sebaliknya, selepas melepaskan gol pertama, Kyrgyzstan menamatkan hanya dua peluang yang mereka ada dan mendahului.”

Advertisements

Beliau juga mendedahkan di bilik persalinan tiada tayangan video analisis, sebaliknya hanya kata-kata perangsang yang disematkan untuk anak-anak buahnya kembali sedar mencari corak permainan sendiri.

“Saya biasanya menunjukkan kepada pemain beberapa klip video pada separuh masa untuk memberi mereka maklum balas dan menerangkan rancangan permainan untuk separuh masa kedua. Tetapi saya tidak lakukannya pada hari itu”, cerita beliau kepada FIFA.

Advertisements

“Ini adalah realiti. Inilah yang boleh dilakukan oleh pasukan dalam 100 teratas ranking FIFA, dan realitinya ialah kami tidak berada dalam 100 teratas”, ujar beliau yang kembali teringat momen ketika itu.

Advertisements

“Memandangkan sikap anda pada separuh masa pertama, ia tidak berbaloi untuk menonton dan menganalisis video. Anda perlu sentiasa ingat bahawa anda berada di tangga ke-137 dunia, jadi anda perlu menghormati lawan dan menggunakan peluang menjaringkan gol sebaik mungkin.”

Akhirnya, beliau gembira para pemainnya bangkit untuk membuktikan potensi sebenar dan mencipta kemenangan dramatik pada malam itu.

Advertisements

“Bagaimanapun, apabila separuh masa kedua bermula, kami melepaskan satu lagi gol, dan saya kecewa. Namun, untuk bangkit dari ketinggalan dan memenangi perlawanan seperti itu adalah bukti kemahiran dan potensi pemain”, kata jurulatih berusia 54 tahun itu.

Kim Pan-gon kini sedang dalam persiapan untuk membawa pasukan negara mencipta kejutan di pentas Piala Asia yang bakal berlangsung pada hujung Januari nanti.

Advertisements

News Comments Account