Bangladesh Antara 5 Potensi Lawan Harimau Malaya November Ini
MakanBola
FA MALAYSIA

Bangladesh berpotensi menjadi antara salah satu lawan Harimau Malaya bulan November ini.

Skuad kendalian Pau Marti bermula cemerlang apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024 selepas menundukkan Lubnan dengan keputusan 1-0.

Prestasi sama tidak berupaya diterjemahkan di tempat lawan apabila tunduk dengan jaringan besar berdepan pasukan ke-95 dunia, New Zealand dengan keputusan 4-0 di Auckland.

Ujian hebat sekali lagi menanti skuad negara apabila bakal berdepan India bagi aksi persahabatan Tier 1 FIFA bulan November ini.

Satu lagi lawan skuad negara menjadi tanda tanya tatkala Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya mendapatkan satu sahaja lawan Tier 1 pada bulan November.

Terdapat 5 buah negara yang berpotensi untuk menentang Harimau Malaya dari Asia Selatan selain India bagi menantapkan persediaan skuad negara.

Antara salah satu negara Asia Selatan ialah Bangladesh (186 dunia) berpeluang untuk menguji skuad kebangsaan tatkala kedua-dua pasukan pernah bertemu pada aksi Kelayakan Piala Asia 2023.

Malaysia ketika itu berjaya mengatasi lawan dengan keputusan 4-1 untuk menempah tiket ke Piala Asia 2023.

Terdapat beberapa lawan lain seperti Maldives (163), Nepal (176), Bhutan (184) yang turut berpotensi menjadi ujian buat Harimau Malaya pada bulan November.

Pakistan (197) dan Sri Lanka (200) turut berada dalam senarai negara Asia Selatan namun terpulang kepada FAM untuk mencari lawan terbaik buat skuad kebangsaan.

Malaysia ketika ini menghuni tangga ke-133 dunia berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA selepas kehilangan mata penting berdepan New Zealand.

Ketika ini, harapan Malaysia untuk berada dalam Balang 1 undian Kelayakan Piala Asia 2027 seakan sudah tertutup.