Bank Muamalat Zahir Sokongan Luar Biasa, Ajak Staf Pakai Jersi Harimau Malaya Isnin Ini
Bisnes
The Malaysian Reserve
Advertisements

Menjelang aksi pertama Kumpulan E membabitkan Malaysia dan Jordan, Bank Muamalat telah memperkenalkan satu inisiatif unik buat para pekerja mereka.

SNE Sports melaporkan sebagai tanda sokongan kepada Harimau Malaya, bank Islam kedua di Malaysia itu membenarkan pekerja mereka memakai jersi skuad kebangsaan pada 15 Januari ini.

Inisiatif ini dibuat bagi meraikan pencapaian Malaysia layak secara merit ke Piala Asia buat kali pertama sejak tahun 1980.

Advertisements

Inisiatif ini diketahui di media sosial selepas dikongsikan oleh pemerhati bola sepak negara, Piang Shankly.

Selain mewujudkan semangat kerjasama antara pekerja dan pengurusan di tempat kerja, ini juga dapat menjana minat pelanggan untuk memberi sokongan kepada Harimau Malaya.

Advertisements

Bank Muamalat menjadi antara entiti perniagaan terawal yang menyatakan sokongan terhadap kempen Malaysia di Piala Asia 2023.

Dengan tiga perlawanan bakal dilalui skuad negara dalam Kumpulan E, tidak terlambat untuk entiti-entiti lain di Malaysia untuk menyatakan sokongan kepada Harimau Malaya.

Advertisements

Malaysia membuka tirai kempen Kumpulan E dengan menentang The Chivalrous Ones di Stadium Al Janoub pada awal pagi Selasa ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram