Bapa Messi Minta Al-Hilal RM2.8 Bilion Bawa Anaknya Ke Arab Saudi
Asia
PSG
Advertisements

Bapa kepada bintang sensasi dunia, Lionel Messi iaitu Jorge Messi meminta Al-Hilal sejumlah 600 Juta Euro sekiranya mahu mendapatkan khidmat anaknya di Arab Saudi.

Lionel Messi berkemungkinan akan meninggalkan Eropah untuk beraksi di Timur Tengah dengan bermain menentang musuh lama, Cristiano Ronaldo yang juga beraksi bersama Al-Nassr.

Menerusi beberapa laporan awal dari El Chiringuito mengatakan bahawa pemenang Piala Dunia itu tidak menolak peluang untuk berhijrah dan membawa haluan baharu.

Advertisements

Pemain berusia 35 tahun itu telah dikaitkan dengan Arab Saudi pada masa lalu sekaligus menimbulkan kontroversi untuk menjadi duta untuk Negara Teluk tersebut.

Negara Timur Tengah itu juga sedang merancang perkembangan dalam bola sepak di sana dengan pemain No.10 itu boleh menyertai Ronaldo untuk menjadi tumpuan dalam projek baharu.

Advertisements

Ia menjadi satu tarikan apabila Bapa Messi, difahamkan menuntut gaji €600 Juta daripada Al-Hilal iaitu bersamaan dengan RM2.8 Bilion untuk menyertai pasukan tersebut.

Hal ini merupakan siku daripada jumlah yang diterima oleh Ronaldo di Al-Nassr ketika ini.

Advertisements

Masa depan bintang Paris Saint-Germain ini juga masih diragui dengan kontraknya akan tamat pada musim panas nanti dengan Barcelona dikatakan berminat untuk membawanya kembali ke Camp Nou dengan beberapa tawaran dari Major League Soccer juga memungkinan beliau untuk ke sana.

Berita ini bagaimanapun masih belum dipastikan sungguhpun pelbagai desas-desua mengatakan beliau akan kekal di PSG masih menjadi pilihan utamanya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram