Messi Sertai PSG, Barcelona Buang Gambar Messi Daripada Camp Nou
MakanBola
Photo: Instagram @brfootball
Sponsors

Berita pemergian Lionel Messi daripada Barcelona sememangnya menjadi berita hangat yang mengemparkan seluruh dunia bola sepak. Setelah hampir dua dekad menabur bakti di kelab Catalan tersebut, Messi akhirnya bakal bermain di kelab lain dengan menyertai Paris Saint Germain dengan kontrak sebanyak 35 juta Euro setahun dengan kontrak selama dua tahun.

View this post on Instagram

A post shared by Fabrizio Romano (@fabriziorom)

Ad

Sepanjang bersama Barcelona, Messi telah memecah pelbagai rekod kelab dan La Liga serta telah memenangi 35 trofi di kelab tersebut. Beliau juga menjaringkan sebanyak 474 gol sepanjang 17 tahun karier di Barcelona.

Ad

Messi bakal bersatu semula bersama rakan baiknya, Neymar dan akan membentuk serangkai serangan baharu bersama Neymar dan juga Kylian Mbappe yang dinamakan sebagai MNM (Messi, Neymar, Mbappe).

View this post on Instagram

A post shared by 433 (@433)

Ad

Dengan pemergian Messi ke PSG, Barcelona akhirnya terpaksa membuang gambar Lionel Messi daripada papan tanda di stadium Camp Nou setelah sebelum ini beliau menjadi muka utama di kelab gergasi Sepanyol tersebut. Menurut laporan, Barcelona bakal kehilangan hampir 300 juta Euro pendapatan daripada jersi dan juga nilai jenama lain kesan daripada keberangkatan keluar Messi daripada Barcelona.

Ad