Barcelona & Real Madrid Dapat Habuan Lumayan RM5.1 Bilion
Bisnes
FC Barcelona
Advertisements

Dua kelab gergasi Eropah, Barcelona dan Real Madrid bakal mendapat durian runtuh bernilai €1 bilion (RM5.1 bilion)!

BBC Sport melaporkan Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) memutuskan tindakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menyekat penganjuran Liga Super Eropah (ESL) sebagai menyalahi undang-undang.

Secara ringkas, ESL merupakan satu kejohanan baru bola sepak Eropah yang diperkenalkan sekitar musim 2021-2022.

Advertisements

Pertandingan ini membabitkan 12 kelab besar Eropah termasuk enam wakil Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, Manchester City, Arsenal, Liverpool, Chelsea dan Tottenham Hotspur.

Bagaimanapun, reaksi keras penyokong, pemain, figura bola sepak dan kerajaan-kerajaan Eropah terhadap ESL ketika itu mendorong lapan kelab yang terlibat memohon maaf dan menarik diri.

Advertisements

A.C. Milan dan Juventus kemudiannya menarik diri daripada kejohanan sama beberapa tahun selepas itu. Ini sekaligus meninggalkan Barca dan Los Blancos sebagai dua kelab tunggal yang masih memperjuangkan ESL di ECJ.

Akhbar El Mundo Deportivo melaporkan sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada ESL dan promoter kejohanan A22, kedua-dua kelab Sepanyol itu bakal mendapat €1 bilion (RM5.1 bilion).

Advertisements

Ini kerana status mereka sebagai dua kelab tunggal pengasas ESL melayakkan mereka menerima wang tersebut.

Ini satu berita baik buat Barcelona yang bergelut dengan masalah kewangan sejak era pandemik Covid-19. Wang tersebut dilihat cukup mengembalikan semula kestabilan kewangan kelab berkenaan.

Advertisements

Selain itu, durian runtuh tersebut boleh dimanfaatkan Barca untuk menambahbaik skuad mereka menjelang tetingkap perpindahan Januari 2024.

Barcelona sebelum ini difahamkan mahu menukar status perpindahan pinjaman Joao Felix dan Joao Cancelo kepada perpindahan tetap.

Bagaimanapun, kelab yang dibimbing Xavi itu terpaksa menangguhkan urusan tersebut berikutan situasi kewangan mereka yang belum stabil.

Berita hari ini dilihat bakal mengubah situasi kewangan Barcelona ke arah yang lebih baik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram