Advertisement
Barisan Bintang Korea Bantai Atletico Madrid
Asia
MakanBola
Atletico de Madrid

Gergasi La Liga, Atletico Madrid seakan tidak percaya apabila tumbang mengejut 3-2 kepada pasukan bintang K-League di Stadium Piala Dunia Seoul semalam.

Babak pertama menyaksikan Atletico mendominasi perlawanan. Dan mereka tidak menunggu lama membuka jaringan menerusi Thomas Lemar pada minit ke-13.

Dengan pemain-pemain Korea tidak dapat menyaingi pasukan gergasi Sepanyol itu, jurulatih Hong Myung-bo memasukkan bintang-bintang import yang mewarnai saingan K-League.

Percaturan legenda Korea Selatan itu berhasil apabila penyerang Daejeon Hana Citizen, Anton Kryvotsyuk menyumbat gol penyamaan pada minit ke-50.

Penyerang muda Sepanyol, Carlos Martin menyangka telah menyumbat gol kemenangan buat Atletico pada minit ke-85.

Bagaimanapun, barisan bintang K-League memastikan kemenangan berpihak kepada mereka menerusi penalti Aleksandar Palosevic (minit ke-89) dan Lee Soon-min (minit ke-94).

Diego Simeone pasti berharap anak-anak buahnya dapat melupakan kekalahan tersebut. Ini kerana lawan pra-musim mereka seterusnya ialah juara treble dari England, Manchester City pada 30 Julai ini.