Bek PSM Makassar Digantung 12 Bulan Akibat Kritik Bola Sepak Indonesia
MakanBola
PSM Makassar
Sponsors

Pemain pertahanan PSM Makassar, Yuran Fernandes dikenakan hukuman berat oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).

Ini selepas DetikSport melaporkan bek tengah Cape Verde itu didapati bersalah kerana mengkritik mutu pengadilan saingan Liga 1 Indonesia.

Ad
Sponsors

Fernandes, 30, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa keputusan yang dibuat pengadil, Nendi Rohaendi dalam aksi antara PSS Sleman dan Juku Eja pada 3 Mei lalu.

Ad

Susulan itu, bekas bek tengah Toreense itu memuat naik satu kenyataan panas di Instagram Story beliau.

“Bola sepak di Indonesia hanya gurauan. Makanya, tahap dan (isu) rasuahnya akan tetap sama.

Ad

“Jika anda ingin menghasilkan wang, anda bisa datang ke Indonesia. Jika anda ingin bermain bola sepak secara serius, tinggalkan Indonesia,” katanya.

Ad

Meskipun kenyataan itu kemudiannya dipadamkan, ia mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Indonesia.

Ad

Lantaran itu, Fernandes menjelaskan maksud sebenar kenyataannya itu merujuk kepada kualiti Liga 1 Indonesia. Beliau juga turut memohon maaf atas kenyataan sebelumnya.

“Para pecinta sepak bola Indonesia. Saya ingin memberikan penjelasan tentang kenyataan saya di Instagram pada 3 Mei 2025. Pernyataan yang saya sampaikan tersebut sepenuhnya ditujukan dalam konteks bola sepak,” ujarnya.

“Ungkapan tersebut sama sekali tidak dimaksudkan untuk menyinggung Indonesia sebagai sebuah negara. Pernyataan tersebut merupakan luahan emosi, tepat setelah perlawanan yang penuh dengan tekanan dan drama.

“Saya yakin mereka yang menonton perlawanan tersebut faham betul mengapa saya begitu beremosi. Saya ingin menyampaikan permohonan maaf dan meminta untuk tidak salah faham kenyataan saya ke dalam konteks yang lebih luas.”

Susulan itu, PSSI menjatuhkan hukuman penggantungan selama 12 bulan dan denda 25 juta rupiah (RM6,500) ke atas bek tengah Cape Verde itu.

PSM Makassar kemudiannya memaklumkan bahawa pasukan itu akan merayu keputusan yang dibuat Jawatankuasa Disiplin PSSI terhadap Fernandes.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments