Bekas Bintang Belanda Berdepan Tuduhan Penyeludupan Dadah
Eropah
@qpromes
Advertisements

Bekas bintang Belanda, Quincy Promes kini berdepan masalah besar di negara kelahirannya itu. Ini selepas pihak berkuasa Belanda mendakwanya atas tuduhan penyeludupan dadah jenis kokain ke Eropah berjumlah 1,370 kg.

Mengikut laporan NOS, Perkhidmatan Pendakwaan Awam Belanda mengesahkan Promes berdepan dua tuduhan penyeludupan kokain berjumlah 650 dan 713 kg ke Belanda atau Belgium. Kesemua dadah tersebut berjaya dipintas pihak berkuasa Belgium di pelabuhan Antwerp pada Januari 2020.

Nilai dadah yang dirampas bernilai £65 juta (RM371 juta). Justeru, satu sesi pendengaran pra-perbicaraan dijadual bermula pada Isnin hadapan. Sekiranya bekas pemain sayap Ajax Amsterdam itu gagal pulang ke Belanda untuk sesi berkenaan, maka kes akan dikendali oleh seorang peguam yang bertindak bagi pihaknya.

Advertisements

Selain perbicaraan kes penyeludupan dadah, bekas pemain sayap Sevilla itu juga turut berdepan tuduhan menikam sepupunya dalam satu majlis hari jadi di Abacoude pada 2020.

Sebelum ini, Promes menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut tetapi dia didakwa mengakui perbuatan tersebut menerusi satu rakaman perbualan yang dirakam polis Belanda. Susulan itu, pihak pendakwaan mahu bekas bintang Twente itu dihukum penjara dua tahun atas tuduhan berkenaan.

Pendengaran kes tersebut juga dijangka bermula pada Isnin ini. Promes dijangka tidak hadir kerana memenuhi kewajipan kontraknya bersama Spartak dan masih mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dinyatakan.

Advertisements

Cubaan pihak media mendapatkan komen peguam bekas pemain sayap Belanda itu berkenaan dua kes tersebut gagal sama sekali. Sementara Promes pula dilihat mendiamkan diri selepas hantaran terakhir di Instagramnya 18 jam lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram