Bekas Bintang Chelsea Buat BG Pathum ‘Pening Kepala’
ACL
CSL
Advertisements

Pertembungan aksi kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL) menyaksikan wakil Thailand, BG Pathum akan berdepan Shanghai Port.

Beraksi di gelanggang lawan, anak didik Thongchai Sukkoki berdepan ujian hebat untuk merantai kelibat lawan yang sudah pasti mahu melayakkan diri ke pentas terbaik Asia.

Malah, perlawanan ini bakal menjadi penentu kemaraan wakil Thailand ini untuk mengiringi dua pasukan negara itu iaitu Buriram United dan Bangkok United.

Advertisements

Ketika ini, BG Pathum dan Port FC perlu melalui pusingan play off sebelum melayakkan diri ke peringkat kumpulan.

Shanghai Port memiliki barisan pemain berkualiti termasuklah bekas bintang Chelsea, Oscar Emboaba.

Pemain berusia 31 tahun itu sudah memasuki tahun ke-7 di Liga Super China (CSL) dan menjadi watak penting pasukan di sana.

Advertisements

Sebelum ini, beliau telah beraksi selama 6 musim bersama The Blues di EPL sebelum membawa diri ke China.

Beliau membawa pasukan bimbingan Javier Pereira mendahului saingan liga dengan 53 mata selepas 23 perlawanan.

Oscar menjadi tunjang utama apabila merekodkan 8 gol dan 11 bantuan gol dalam 23 penampilan setakat ini.

Advertisements

Barisan pertahanan BG Pathum sudah pasti memberi tumpuan kepada bintang Brazil ini yang menjadi kunci kepada gerakan pasukan.

Aksi akan berlangsung pada 22 Ogos jam 7:30 malam waktu tempatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram