Bekas Bintang JDT, Moussa Sidibe Beri Amaran Awal Di Liga 1 Indonesia
Asia Tenggara
Persisofficial
Advertisements

Bekas pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Moussa Sidibe membuktikan sentuhan penyudah ampuhnya apabila menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya di Liga 1 Indonesia.

Pemain berusia 28 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan berdepan Persebaya Surabaya di halaman sendiri.

Bintang kelahiran Mali ini tidak memerlukan masa yang lama untuk membuktikan sentuhan penyudah ampuhnya bersama Persis Solo.

Advertisements

Beliau memiliki beberapa peluang keemasan pada babak pertama untuk meletakkan pasukannya di hadapan namun digagalkan oleh penjaga gol Persebaya, Ernando Ari.

Sidibe akhirnya menemui jaringan pertamanya apabila hantaran lintang ke dalam kotak penalti dibaca dengan tenang sebelum melepaskan rembatan kencang ke kiri gawang gol lawan.

Advertisements

Gol beliau bagaimanapun tidak mampu mengubah keputusan perlawanan apabila Persis Solo tewas dengan keputusan 3-2.

Jaringan penyerang muda berbisa Indonesia, Ramadan Sananta masih tidak cukup untuk membawa pulang tiga mata pada aksi penting ini.

Advertisements

Persis akan bertandang ke PSS Sleman dalam usaha meraih tiga mata pertama untuk terus mengejar kelompok terbaik di Liga 1 Indonesia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram