Bekas Bintang JDT Sedia Wakili China
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bekas bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Takahiro Kunimoto menyatakan kesediaan mewakili China pada masa hadapan.

Hasrat itu dinyatakan beliau kepada media China seperti yang dilaporkan China Sports Vision 2050. Kunimoto ketika ini mewakili kelab China League One, Liaoning Tieren.

Ad

Jika beliau ingin mewakili China pada masa hadapan, Kunimoto perlu menunggu sehingga tahun 2028. Ini bagi melengkapkan tempoh lima tahun beliau di negara itu sebelum melalui proses naturalisasi.

Ad

Sekiranya Kunimoto berjaya melengkapkan proses tersebut, beliau bakal menjadi pemain naturalisasi terbaru mewakili China.

Beliau berpotensi mengikut jejak Elkeson, Fernandinho, Alan dan yang terbaru, Serginho. Serginho membuat penampilan pertama untuk China ketika menentang Australia pada 25 Mac lalu.

Ad

Kunimoto pernah beraksi untuk JDT pada separuh kedua musim 2023. Beliau merekodkan lapan penampilan, dua gol dan tiga bantuan gol.

Ad

Meskipun tidak lama bersama Harimau Selatan, beliau membantu pasukan itu muncul juara Liga Super dan Unifi Piala Malaysia. Selepas meninggalkan JDT, beliau menyertai Liaoning Tieren pada Februari 2024.

Ad

Selain Liaoning Tieren dan JDT, Kunimoto juga pernah mewakili Avispa Fukuoka, Gyeongnam FC, Jeonbuk Hyundai Motors, Casa Pia dan skuad remaja Urawa Reds.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments