Bekas Bintang Kedah Sertai Chonburi
Asia Tenggara
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Selepas beberapa minggu meninggalkan Kedah Darul Aman (KDA) FC secara persetujuan bersama, Willian Lira kini sudah mendapat kelab baru. Ini selepas kelab Thai League 1, Chonburi mengesahkan penyerang Brazil itu sebagai penyerang baru mereka.

Perkara sama turut dilaporkan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. Sebelum ini, beliau turut mendedahkan khidmat bekas penyerang Ventforet Kofu itu diintai kelab-kelab Thai League 1 selepas meninggalkan Sang Kenari.

Bisa penyerang itu dijangka ditagih ketua jurulatih baru The Sharks dari Jepun, Makoto Teguramori. Ini bagi memastikan Chonburi lebih cemerlang untuk musim 2023-2024 berbanding musim sebelumnya.

Advertisements

Pada musim lepas, The Sharks pada satu ketika menduduki tangga kedua liga di belakang juara liga, Buriram United.

Bagaimanapun, kemerosotan prestasi mengakibatkan Chonburi menduduki tangga keenam liga dengan jurulatih Sasom Pobprasert disingkirkan oleh pihak pengurusan.

Lira dijangka bukan satu-satunya awang import yang tiba di Stadium Chonburi. Pengurusan kelab diketuai pengerusi Wittaya Khunpluem dijangka merekrut lebih ramai awang import baru bagi memperkuatkan pasukan pada musim depan.

Advertisements

Sepanjang bersama KDA FC pada pusingan pertama Liga Super, Lira menjaringkan lapan gol dan merekodkan dua bantuan gol dalam 14 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram