Bekas Bintang Piala AFF Thailand Tersisih Ke Kelab Divisyen Dua
Asia Tenggara
AFP
Advertisements

Perjalanan karier bekas bintang sensasi Thailand, Charyl Chappuis kini mula menjadi bualan selepas beliau kini beraksi buat kelab divisyen dua di sana.

Pemain kelahiran Switzerland ini merupakan bintang utama skuad Gajah Perang sejak membuat kemunculan pada tahun 2014.

Beliau pernah beraksi secara konsisten bersama skuad kebangsaan Thailand sehingga berjaya menjulang kejuaraan Piala AFF.

Advertisements

Prestasi Charyl bagaimanapun dilihat mula merudum sejak berada di Muangthong United pada tahun 2017 apabila hanya berjaya menjaringkan 4 gol dan merekodkan 6 bantuan gol dalam 82 perlawanan.

Perpindahan ke Port Fc tidak banyak membantu perkembangan bekas ‘wonderkid’ Thailand yang pernah beraksi buat skuad bawah 19 tahun Switzerland ini.

Beliau hanya beraksi sebanyak 44 perlawanan sepanjang tiga musim dan menjaringkan dua gol.

Advertisements

Perkhabaran terbaru menyaksikan Charyl telah pun dilepaskan oleh Port FC sungguhpun masih memiliki baki kontrak selama dua tahun.

Menurut wartawan terkemuka Thailand, Ta Lao, Charyl akan menyertai sebuah kelab divisyen dua Thailand, Chiang Mai FC bagi musim baharu.

Pemain tengah versatil ini dijangka akan menjadi watak penting pasukan dan membantu Chiang Mai dipromosikan ke Liga 1 Thailand kelak.

Advertisements

Charyl telah menjulang 7 trofi sepanjang kariernya termasuklah satu kejuaraan Liga Thailand bersama Buriram United pada tahun 2013.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram