Bekas Bintang Real Madrid Kini Seorang Nelayan
MakanBola
Getty Images
Sponsors

Bekas bintang Real Madrid yang turut memenangi 2 gelaran Liga Juara-Juara Eropah, Fabio Centrao kini menjadi seorang nelayan setelah bersara daripada bola sepak profesional pada tahun 2021.

Fabio Centrao sememangnya sudah merancang ingin bekerja sebagai nelayan sekiranya beliau tidak lagi bermain bola sepak apabila membeli bot pertamanya sewaktu bermain untuk Real Madrid.

Ad

Pemain kelahiran Portugal ini menyertai Real Madrid pada tahun 2011 dan pernah menjadi skuad utama Los Blancos untuk beberapa musim.

Ad

Prestasi cemerlang Marcelo menyebabkan Fabio Centrao menjadi pilihan kedua untuk posisi pertahanan kiri dan beliau akhirnya kerap keluar sebagai pemain pinjaman untuk beberapa pasukan seperti AS Monaco dan Sporting Lisbon.

fabio 1 Bekas Bintang Real Madrid Kini Seorang Nelayan

Fabio kemudian meninggalkan Real Madrid pada Ogos 2018 untuk menyertai kelab lamanya, Rio Ave sebelum akhirnya bersara pada tahun 2021.

Ad

Sewaktu ditanya oleh wartawan, Fabio Centrao mengaku tidak malu untuk menjadi nelayan dan turut berkongsi itu adalah impian beliau sendiri menurut Sport Bible.

Ad

“Ayah saya mempunyai sebuah bot dan sangat gemar memancing. Saya selalu mengikutinya pergi memancing dan saya juga sukakannya. Bekerja di laut bukanlah sesuatu yang memalukan seperti yang mereka sangkakan. Pekerjaan ini sama sahaja seperti pekerjaan lain malah laut kelihatan amat cantik.” ujar Fabio.

Ad

Kini, Fabio Centrao telah memiliki 3 buah bot dan mempunyai 45 pekerja dibawahnya untuk kegiatan menangkap ikan.