Bekas Import Selangor Ini Hanya Perlukan Tujuh Bulan Untuk Julang Piala
Asia
Selangor FC
Advertisements

Selepas meninggalkan Selangor FC pada Disember tahun lalu, pemain import dari Jordan ini hanya memerlukan tujuh bulan sahaja untuk menjulang piala. Pemain yang dimaksudkan ialah Baha Abdulrahman.

Pemain berusia 36 tahun itu yang merupakan kapten pasukan Al-Faisaly SC berjaya memimpin pasukannya menjulang Piala Perisai Jordan walaupun seri tanpa jaringan dengan kelab Ma’an yang berada di tangga ke-11.

Lebih menarik lagi, Al-Faisaly tidak pernah mencatatkan sebarang kekalahan dalam saingan Piala Perisai Jordan itu. Untuk info, kontrak Baha bersama Al-Faisaly akan tamat pada Jun 2024.

Advertisements

Bersama Selangor musim lalu, Baha berjaya mencatatkan 12 penampilan dalam saingan Liga Super, tiga penampilan di Piala Malaysia dan dua penampilan di Piala FA. Walaupun gagal memberikan impak seperti yang diharapkan, Baha sempat menyumbang dua bantuan gol untuk Selangor.

Sudah tentu penghijrahan Baha ke Al-Faisaly memberikan satu dimensi baru dalam karier pemain antarabangsa Jordan itu. Selain berjaya menjulang Piala Perisai Jordan, Al-Faisaly juga berjaya menamatkan kedudukan Liga Jordan di tangga kelima.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram