Bekas Jurulatih Belgium Dilantik Bimbing Filipina
Asia Tenggara
Philippines FF
Advertisements

Jurulatih Belgium, Tom Saintfiet dilantik sebagai jurulatih baru skuad bola sepak Filipina berkuatkuasa hari ini.

Pengumuman ini dibuat Persekutuan Bola Sepak Filipina (PFF) menerusi satu hantaran ringkas di platform media sosial rasmi mereka. Saintfiet dibawa masuk PFF menggantikan pengendali sebelumnya, Michael Weiss.

“Persekutuan Bola Sepak Filipina mengalu-alukan kehadiran jurulatih baru skuad bola sepak lelaki kebangsaan Filipina, Tom Saintfiet.

Advertisements

“Beliau bakal mengetuai pasukan untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Iraq pada Mac 2024,” kata PFF dalam satu kenyataan.

Saintfiet bukanlah asing dalam bola sepak Asia kerana pernah melatih skuad Qatar Bawah 17 Tahun (B-17), Yaman, Bangladesh, Al-Gharafa (Qatar) dan Shabab Al-Ordon (Jordan).

Tugasan kejurulatihannya yang paling lama ialah bersama Gambia dari 2018 hingga 2024. Tempoh tersebut menyaksikan beliau membimbing negara itu layak ke Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) edisi 2019 dan 2023.

Advertisements

Jurulatih Belgium itu bakal mengendali The Azkals buat kali pertama bila menentang Iraq pada awal pagi 22 Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram