Bekas Jurulatih Dortmund Anggap Bakat Indonesia Layak Tembusi Pasaran Jerman
Asia Tenggara
Persija Jakarta
Advertisements

Bekas jurulatih salah sebuah kelab gergasi di Eropah menyatakan bahawa kualiti pemain Indonesia kini layak untuk dipasarkan ke Jerman.

Pengendali berusia 57 tahun itu melihat perkembangan positif yang berlaku dalam kancah bola sepak Indonesia sejak ketibaannya tahun lalu.

Individu yang mahu dikenali sebagai Thomas Doll itu menyatakan bahawa beliau sememangnya sudah tersalah sangka terhadpa kualiti bola sepak di rantau Asia Tenggara ini.

Advertisements

Katanya, sebelum kehadirannya ke sini, beliau menganggap bola sepak yang dimainkan di sini tidaklah begitu hebat namun ternyata sebaliknya.

“Pandangan saya tentang bola sepak Indonesia sudah berubah. Sebelum saya datang ke sini, saya anggap bola sepaknya biasa saja namun setelah datang ke sini, saya melihat banyak aksi yang baik dan ramai pemain yang berbakat.”

“Terdapat juga beberapa pemain di sini yang boleh beraksi di liga kedua Jerman,” katanya kepada Astro Arena.

Advertisements

Doll juga menganggap mutu permainan bola sepak juga semakin bertambah baik berbanding tahun sebelum beliau tiba di Indonesia.

Pengendali Persija Jakarta ini melihat perkembangan dan kemajuan bola sepak di sana bakal memberikan kelebihan yang cukup besar untuk pembangunan jangka panjang skuad Garuda.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram