Bekas Jurulatih EPL Dijangka Kemudi Korea Selatan
Asia
MakanBola
West Bromwich Albion
Advertisements

Selepas memecat Jurgen Klinsmann sebagai jurulatih baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) sedang mempertimbang beberapa nama bagi mengisi kerusi panas tersebut.

Salah satu nama yang dijangka dalam pertimbangan badan induk bola sepak Korea Selatan itu ialah legenda Manchester United, Steve Bruce.

Advertisements

Akhbar Daily Mirror melaporkan pengurus berusia 63 tahun itu mahu meneroka cabaran pengurusan baru di luar England.

Sebelum ini, Bruce pernah menggalas peranan sebagai pengurus kelab Liga Kejohanan, West Bromwich Albion sebelum dipecat pada Oktober 2022.

Advertisements

Sejak itu, beliau mendapat beberapa tawaran kembali bergelar jurulatih termasuk di EPL tetapi memilih untuk menolak kerana mencari cabaran yang sesuai.

Sekiranya KFA berminat mendapatkan Bruce sebagai pengganti Klinsmann, mereka perlu bertindak pantas. Ini kerana beberapa kelab Arab Saudi turut berminat mendapatkannya sebagai pengurus.

Advertisements

Klinsmann dipecat KFA kerana gagal memacu Pahlawan Taeguk layak ke final Piala Asia 2023 dan menamatkan kemarau kejuaraan trofi berprestij itu sejak 1960.

Bruce memiliki pengalaman menguruskan 12 kelab Inggeris berbeza sepanjang karier pengurusannya.

Advertisements

Antara kelab yang pernah dilatih beliau ialah Hull City, Sheffield United, Sheffield Wednesday, Birmingham City, Aston Villa, Sunderland dan Wigan Athletic.

Selain Bruce, Kim Ki-dong, Kim Do-hoon dan Hong Myung-bo turut dikaitkan dengan jawatan jurulatih Korea Selatan.

Advertisements

News Comments Account