Bekas Jurulatih Thailand Bakal Kemudi Vietnam?
Asia Tenggara
Công An Hà Nội FC
Advertisements

Bekas jurulatih Thailand kini dikaitkan bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Phillipe Troussier sebagai ketua jurulatih Vietnam yang baharu.

Kiatisuk Senamuang yang merupakan jurulatih Cong An Ha Noi (CAHN) kini menjadi salah satu calon ketua jurulatih Vietnam disamping Velizar Popov, Chu Dinh Nghiem, Vu Hong Viet dan Le Huynh Duc.

Jurulatih berusia 51 tahun itu mengakui mengemudi pasukan kebangsaan Vietnam adalam peluang yang besar namun beliau kini kekal fokus membimbing pasukan CAHN dalam saingan liga Vietnam.

Advertisements

“Menguruskan pasukan Vietnam adalah peluang buat semua jurulatih, bukan saya sahaja. Saya harap individu itu akan memahami bola sepak Vietnam dan membawa mereka ke Piala Dunia.”

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong di Vietnam. Sebagai jurulatih, saya gembira berada di Vietnam. Dalam bola sepak, apa-apa saja boleh berlaku. Buat masa ini, saya mahu berikan yang terbaik untuk mencapai sasaran bersama CAHN.” ujar Kiatisuk Senamuang.

Pasukan CAHN kini berada ditangga ketiga liga Vietnam dan ketinggalan 7 mata dibelakang Nam Dinh yang merupakan pendahulu liga ketika ini.

Advertisements

Kiatisuk Senamuang pernah memenangi kejuaraan V. League bersama kelab Hoang Anh Gia Lai (HAGL) sewaktu bergelar pemain pada tahun 2003 dan 2004.

Jurulatih itu turut pernah mengemudi pasukan kebangsaan Thailand selama 4 tahun antara tahun 2014 sehingga 2017 dan membantu Thailand memenangi dua kali Piala AFF Suzuki 2014 dan juga 2016.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram