Bekas ‘Orang Kuat’ Shin Tae-yong Kini Jurulatih Kelab Vietnam
Asia Tenggara
VFF
Advertisements

Bekas penolong Shin Tae-yong di Indonesia, Gong Oh-kyun sah bergelar jurulatih juara V. League 1 musim lepas, CAHN.

ASEAN Football mendedahkan Oh-kyun dibawa masuk menggantikan Flavio Cruz dari Brazil. Jurulatih Korea Selatan itu bakal melatih CAHN selama dua tahun.

Dengan pengumuman ini, jurulatih interim Tran Tien Dai bakal kembali kepada jawatan asalnya sebagai pengarah teknikal CAHN.

Advertisements

Oh-kyun bukan asing dengan Vietnam kerana beliau pernah berkhidmat sebagai jurulatih skuad B-23 Vietnam pada 2022.

Selain berkhidmat sebagai penolong jurulatih Indonesia dari 2020 hingga 2021, beliau juga pernah berkhidmat sebagai penolong jurulatih kelab K-League 2, Seoul E-Land.

Portal Tienphong melaporkan Oh-kyun bakal membawa beberapa jurulatih bagi menyokongnya sepanjang berkhidmat dengan CAHN.

Advertisements

Sebelum menyertai CAHN, Oh-kyun juga dikaitkan dengan kerusi panas di Hanoi FC selepas mereka memecat jurulatih Montenegro, Bozidar Bandovic.

Dengan perlantikan beliau sebagai pengendali CAHN, Hanoi kini perlu mencari calon baru bagi mengisi kekosongan untuk jawatan berkenaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram