Bekas Pemain Espanyol Jadi Senjata Utama China Menentang Malaysia
MakanBola
Getty Images
Sponsors

Kualiti dan pengalaman bekas pemain sayap Espanyol, Wu Lei bakal menjadi senjata utama China dalam mengucar-kacirkan barisan pertahanan Malaysia kelak.

Wu Lei yang pernah bermain untuk Espanyol selama 4 tahun merekodkan 16 gol dan 6 bantuan jaringan dalam 126 penampilan.

Ad

Pemain berusia 32 tahun itu kemudian pulang ke China pada Ogos 2022 untuk menyertai pasukan Shanghai Port setelah Espanyol tersingkir ke divisyen kedua liga Sepanyol.

Ad
wu lei espanyol Bekas Pemain Espanyol Jadi Senjata Utama China Menentang Malaysia

Wu Lei kini berada ditangga ke-2 carta penjaring terbanyak Liga Super China berkongsi kedudukan dengan Nyasha Mushekwi sebanyak 14 gol.

Malah Wu Lei merupakan penjaring terbanyak bagi pemain tempatan China dalam liga tersebut ketika ini.

Ad

Wu Lei yang dominan dibahagian sayap kanan turut mampu beraksi dibahagian sayap kiri pasukan dan juga sebagai penyerang disebabkan kelajuan larian yang beliau miliki.

Ad

Pemain sayap tersebut telah melakukan 83 penampilan buat skuad kebangsaan China dan telah menjaringkan 30 gol buat negaranya.

Ad
wu lei china Bekas Pemain Espanyol Jadi Senjata Utama China Menentang Malaysia

Wu Lei juga menjadi pemain termuda melakukan debut di liga China sewaktu berusia 14 tahun dan menjadi penjaring termuda liga tersebut sewaktu berumur 16 tahun.

Wu Lei turut menjadi kebanggaan penyokong bola sepak China apabila beliau mencipta sejarah menjadi pemain China pertama berjaya menjaringkan gol ke atas Barcelona pada tahun 2020 menurut New Straits Times.

Prestasi semasa Wu Lei yang telah menjaringkan 3 gol dalam 2 aksi terakhir bersama China memberi petanda Malaysia harus sentiasa menjaga kelibatnya diatas padang.