Skuad Harimau Malaya dilaporkan bakal menerima sentuhan bekas pemain Everton FC sebagai penolong jurulatih kepada Peter Cklamovski.
Jawatan selaku pembantu jurulatih skuad kebangsaan ketika ini menjadi tumpuan setelah Mark Milligan meninggalkan kem kebangsaan untuk bergelar pengendali kelab Newcastle Jets di Australia.
Kini, laporan terkini oleh Fina Nasrom mengatakan bahawa tugas sebagai pembantu Peter Cklamovski bakal diisi oleh bekas pemain Everton yang merupakan jurulatih kelahiran England.
”Difahamkan pengendali kelahiran England, yang juga bekas pemain Everton bakal ganti Mark Milligan,” lapor Fina Nasrom di laman X.
“Pengendali ini bakal mulakan tugas menjelang aksi persahabatan Malaysia vs Cape Verde hujung bulan ini selain turut jadi perantara dengan skuad bawah 23 tahun agar pembentukan pemain negara seiring.”
Sehingga kini belum ada sebarang pengesahan rasmi dari pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia dan identiti jurulatih itu masih belum didedahkan.