Bekas Pemain Johor, Abbas Saad Kini Jurulatih Central Coast Mariners
Asia
MakanBola
NPL NSW Men’s
Advertisements

Bekas pemain Johor, Abbad Saad kini bergelar jurulatih untuk kelab A-League, Central Coast Mariners menjelang musim baharu.

Beliau pernah berkelana bersama Singapura FA dan Johor pada era 1990an sungguhpun mula mencipta nama di Australia.

Advertisements

Abbas merupakan bekas pemain tengah yang cukup berbakat selain pernah menjulang beberapa kejuaraan liga dan piala domestik di Malaysia dan kini telah membawa satu haluan baharu dalam karier kejurulatihannya.

Central Coast Mariners telah mengumumkan pemergian ketua jurulatih, Nick Montgomery untuk mengambil peranan sebagai jurulatih bersama Hibernian FC di Scotland.

Advertisements

Pihak kelab telah membuat keputusan untuk melantik Abbas Saad yang kini merupakan pengendali akademi kelab tersebut.

“Jurulatih Akademi Central Coast Mariners, Abbas Saad telah diberikan peranan ketua jurulatih sementara (interim) dan akan memegang jawatan itu sehingga pengganti tetap untuk Montgomery dipilih.”

Advertisements

Dalam karier kejurulatih beliau, Abbas Saad pernah mengendalikan beberapa kelab seperti Bonnyrigg White Eagles iaitu kelab Semi Pro di Australia dan Sydney Olympic.

Jurulatih berusia 56 tahun ini juga aktif dalam bidang penyiaran dan merupakan tetamu studio tetap untuk liputan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan rancangan TV FourFourTwo di saluran SuperSport di Astro.

Advertisements

Central Coast Mariners akan berkunjung ke Gong Badak pada 20 September 2023 menentang Terengganu FC jam 8 malam.

News Comments Account