Bekas Pemain Kebangsaan Jepun Perkuat Negeri Sembilan
Liga Super
nsfc1923
Advertisements

Negeri Sembilan FC (NSFC) dilihat semakin memperkuatkan pasukan bagi mengharungi saingan musim baharu Liga Malaysia apabila membawa masuk bekas pemain kebangsaan Jepun, Takumi Sasaki.

Pemain berusia 25 tahun itu merupakan pemain terbaru Negeri Sembilan yang baru sahaja diumumkan di platform media sosial NSFC semalam.

Takumi Sasaki merupakan pemain kebangsaan Jepun untuk skuad bawah 20 dan beliau juga sebelum ini pernah beraksi bersama kelab Liga J3 iaitu Ehime FC.

Advertisements

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif NSFC menjelaskan kehadiran Takumi itu hasil daripada penilaian pasukan teknikal dan beliau teruja kebolehan Takumi dari segi banyak aspek terutamanya kesefahaman bersama rakan sepasukan.

“Penilaian ke atas Takumi telah dilakukan oleh pasukan teknikal dan kita teruja dengan kebolehan Takumi disamping keserasian beliau dengan rakan sepasukan yang lain,” katanya.

Untuk rekod di Liga J3, pemain tengah itu telah beraksi sebanyak 22 perlawanan dan menjaringkan 2 gol dalam saingan Liga J3 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram