Kuching City mengumumkan ketibaan bekas tonggak utama Kedah Darul Aman, Moses Atede.
Pengumuman ini dibuat menerusi satu hantaran video di laman Facebook Kuching City yang memperkenalkan Atede sebagai rekrut terbaharu di jentera tengah.
Atede tiba ke Kuching City dari Sitra Club setelah dilepaskan oleh kelab Bahrain itu pada 1 Julai yang lalu.
Nama Atede bukanlah asing bagi peminat bola sepak negara apabila pemain berusia 26 tahun ini pernah menyarung jersi Kedah Darul Aman dalam saingan Liga Malaysia musim 2023.
Bersama Kedah, Atede telah melakukan 11 penampilan dalam kesemua kejohanan dan berjaya meledak satu jaringan ketika berdepan Penang.
Dengan kehadiran Atede, jentera tengah The Cats tampak semakin lengkap selain adanya pemain seperti Daniel Amier, Petrus Shitembi dan seorang lagi bekas pemain Sang Kenari, Dechi Marcel.
Kuching City kini menduduki tangga kelima Liga Super dan bakal berdepan JDT pada 27 September hadapan dalam saingan liga.