Bekas Pemain Muda Fulham Pilih Kuching City
Liga Super
Kuching City FC
Advertisements

Bekas pemain muda Fulham, Keanu Marsh-Brown dilihat bakal kembali memperkuat jentera serangan Aidil Sharin, Kuching City bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/25 ini.

Perkara ini telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi di platform media sosial Youtube Astro Arena yang turut mengatakan Keanu Marsh-Brown hampir pasti ke Kuching City musim ini.

Pemain berusia 31 tahun itu merupakan bekas pemain akademi remaja Fulham dan pernah beraksi bersama Kuching City pada musim 2022 lalu.

Advertisements

Menurut Transfermarkt, Keanu Marsh-Brown juga berpengalaman beraksi di Kelayakan Piala Dunia, Guyana dan pasukan England U16, U17 dan England C.

Untuk rekod, beliau telah menjaringkan 23 gol dalam 103 perlawanan semasa di Rovers. Keanu juga antara watak penting dalam Forest Green.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram