Bekas Pemain Perak Ukir Nama Di Liga Perdana Inggeris
MakanBola
Alysson Marins
Sponsors

Khabar mengejutkan dari bumi Eropah selepas bekas pemain Perak FC, Alysson Marins kini menggegar pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea FC.

Pemain kelahiran Brazil ini masih diingati oleh sebilangan penyokong The Bos Gaurus selepas pernah menyarung jersi kebanggaan negeri tersebut.

Ad

Detik yang dilalui di Malaysia bagaimanapun bukanlah seperti yang diharapkan olehnya apabila kurang menyerlah ketika beraksi di Liga Super.

Ad

Marins menyertai Perak pada awal musim 2005 ketika pasukan itu dikendalikan oleh mendiang Antonio Gonzaga Netto.

Khabar beliau kembali menjadi bualan apabila beliau kini menjadi watak penting di kelab yang menjulang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebanyak dua kali itu.

Ad

Menerusi satu hantaran di laman Istagram beliau, Marins memaklumkan dirinya kini bergelar pencari bakat buat The Blues sejak awal Julai lalu.

Ad

Marins juga mempunyai pengalaman yang luas dalam mengenal pasti bakat muda di Amerika Selatan kerana berkhidmat buat Corinthians selama hampir 10 tahun.

Ad

Hal ini dibuktikan dengan kehadiran bakat muda Amerika Selatan seperti Angelo, Deivid Washington, Kendry Paez dan beberapa pemain muda dari Portugal dan Perancis.

Gabungan pemain muda di Chelsea bagaimanapun masih dalam proses awal untuk membentuk keserasian sungguhpun tewas dalam dua aksi awal selepas 4 perlawanan.

Kehadiran beberapa tokoh dalam posisi penting telah memastikan bahawa keseimbangan dapat diwujudkan di bawah era baharu pemiliki Amerika Syarikat, Todd Boehly sungguhpun mengharungi dua musim yang sukar.