Bekas Pemain Sayap Kedah Buat Korea Selatan Hampa
MakanBola
Jordan FA

Nama bekas tonggak import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mahmoud Al-Mardi kembali menjadi sebutan di pentas Asia.

Ini kerana gol beliau membantu Jordan mengikat pasukan gergasi Asia, Korea Selatan 1-1 dalam aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026.

Pahlawan Taeguk perlu menang jika ingin mengikut jejak negara serantau, Jepun layak ke Piala Dunia 2026. Al-Nashama pula mahu membalas dendam selepas tewas kepada lawan sama pada Oktober 2024.

Ad

Pemain sayap FSV Mainz, Lee Jae-sung meletakkan Korea Selatan di hadapan seawal minit kelima. Penyokong tuan rumah terdiam apabila Mahmoud meledakkan gol penyamaan 25 minit selepas itu.

Ad

Gol tersebut sudah cukup untuk membantu Jordan mengikat Korea Selatan 1-1 sehingga tamat perlawanan.

Jordan kini mengumpul 13 mata, tiga mata di belakang Korea Selatan dengan baki dua aksi kelayakan Kumpulan B.

Ad
Ad

Selepas perlawanan, pemain sayap berusia 31 tahun itu melafazkan rasa syukur kepada Ilahi kerana membantu Al-Nashama meraih satu mata di Suwon, Korea Selatan.

Ad

““Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Dua langkah ke arah mimpi,” katanya di Instagram.

Hantaran tersebut mendapat maklum balas positif rakan-rakan senegara termasuk rakan sepasukan, Reziq Bani Hani dan penyerang Selangor FC, Ali Olwan.

Mahmoud beraksi untuk Kedah pada separuh kedua musim 2022 sebelum menyertai Qadsia SC pada 2023. Beliau kini beraksi untuk Al-Hussein SC bersama Reziq.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments