Bekas Pemain Selangor & Kedah Julang Trofi Liga Jordan Penuh Dramatik
MakanBola
Al-Hussein SC
Sponsors

Bekas tonggak import Selangor FC, Reziq Bani Hani menjadi wira yang membantu kelabnya, Al-Hussein SC muncul juara Jordanian Pro League (JPL).

Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan Shabab Al-Ordon dalam aksi terakhir liga yang berlangsung pada 4 Mei lalu.

Ad
Sponsors

Al-Hussein boleh menggondol trofi liga dengan syarat mereka bukan saja menewaskan Shabab Al-Ordon. Malah, mereka perlu berharap pencabar terdekat, Al-Wehdat gagal meraih kemenangan ke atas Al-Ramtha.

Ad

Reziq membuka tirai jaringan buat Al-Hussein pada minit ke-18 selepas menerima hantaran bekas pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mahmoud Al-Mardi.

Lapan minit kemudian, giliran Mahmoud pula mencetak nama sebagai penjaring. Yousef Abu Jalboush melebarkan kelebihan Al-Hussein pada minit akhir babak pertama.

Ad

Shabab Al-Ordon cuba merapatkan jurang gol menerusi Hamza Al-Naeem pada minit ke-69. Pemain gantian, Majdi Al-Attar meledakkan gol keempat bagi memastikan kemenangan milik Al-Hussein.

Ad

Kem Al-Hussein makin ceria apabila Al-Wehdat sekadar seri 1-1 dengan Al-Ramtha dalam satu lagi aksi liga.

Ad

Ini trofi pertama yang diraih Reziq bersama Al-Hussein selepas meninggalkan Selangor. Mahmoud pula menambah trofi kedua dalam kariernya selepas memenangi Piala AFC bersama Al-Muharraq.

Kejayaan itu turut dikongsikan beliau dalam satu hantaran di Instagram. “Bergelar juara liga, alhamdulillah. Tahniah kepada semua penyokong, tahniah juga buat Irbid,” katanya.

Sebaik hantaran itu disiarkan, beberapa pemain Selangor seperti Fazly Mazlan, Mohammad Abualnadi dan Zikri Khalili turut mengucapkan tahniah kepada Reziq.

Mahmoud dan Reziq berpeluang menambah satu lagi trofi buat Al-Hussein. Ini kerana pasukan itu akan berdepan Al-Faisaly dalam aksi separuh akhir Jordan FA Cup pada 9 Mei ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments