Bekas penyerang sensasi Kelantan FC, Nixon Brizolara secara raskinya telah melengkapkan perpindahan ke kelab yang berpangkalan di Bolivia.
Pemain berusia 27 tahun itu merupakan tunjang pada bahagian serangan pasukan bimbingan Rezal Zambery Yahya.
Walau bagaimanapun, beberapa siri kecederaan yang melanda penyerang kelahiran Brazil ini menyebabkan beliau terlepas banyak perlawanan pada musim lalu.
Spekulasi mengenai masa depannya terus menjadi tanda tanya selepas beliau dikaitkan dengan beberapa pasukan di Liga Super bagi musim ini.
Beliau akhirnya mengesahkan bahawa akan menyertai kelab Bolivia, Real Tomayapo bagi saingan musim 2023.
Real Tomayapo juga berbesar hati untuk menerima kehadiran beliau untuk membantu memantapkan jentera serangan pasukan.
Pasukan ini kini sedang bersaing dalam liga utama di Bolivia yang baru sahaja bermula dan kini berada pada tangga ke-13 selepas 3 perlawanan.
Kemasukan Nixon jelas mampu menambah kekuatan pasukan untuk terus memperbaiki kedudukan liga.