Bekas Penyerang Berbisa Selangor Tinggalkan KL City FC
Liga Super
KL City FC
Advertisements

Kuala Lumpur City FC, Herlison Caion secara rasminya meninggalkan pasukan serta-merta.

Penyerang kelahiran Brazil itu merupakan tunjang utama di bahagian serangan ketika bersama pasukan Selangor.

Pemain berusia 32 tahun bagaimanapun tidak dapat menambat hati pengendali pasukan, Bojan Hodak apabila sering berada di bangku simpanan.

Advertisements

Beliau tetap diberi peluang untuk membuktikan kemampuan sebenarnya apabila seringkali masuk selaku pemain gantian buat The City Boys.

Caion tetap memperoleh 624 minit sepanjang 14 perlawanan Liga Super namun hanya mampu menghasilkan satu gol bersama KL City.

Menerusi satu kenyataan oleh KL City, pasukan tersebut secara rasminya tidak lagi menagih khidmat Caion.

Advertisements

Masa depan pemain ini bagaimanapun masih menjadi tanda tanya tatkala KL City mengumumkan tiada penambahan atau pertukaran pemain import dilakukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram