Bekas Penyerang Import Kelantan Kini Gigih Mencari Pasukan
MakanBola
TRW Kelantan FC
Sponsors

Ternyata bukan mudah untuk seorang pemain dalam mencari pasukan baharu setelah dilepaskan oleh majikan sebelum ini. Situasi itu kini berlaku kepada bekas pemain import Kelantan FC dari England, Jack Hindle.

Selepas meninggalkan Kelantan pada Januari 2022, Hindle telah pulang ke negara asalnya, England dan beraksi untuk pasukan, Matlock Town. Namun jodoh beliau bersama pasukan itu hanya kekal dua bulan sebelum beliau berhijrah ke Radcliffe FC. Matlock Town dan Radcliffe FC merupakan pasukan yang beraksi di divisyen yang sangat rendah dalam kasta liga di England.

Ad

Hindle hanya bertahan di Radcliffe untuk lima bulan sahaja sebelum berhijrah ke Liga Wales pada Ogos 2022 bersama Flint Town namun sayangnya tiada gol yang berjaya dihasilkan Hindle di Wales. Akhirnya beliau dilepaskan pada Januari 2023.

Ad

Kini, penyerang berusia 29 tahun itu sedang gigih mencari pasukan baharu untuk diwakili. Melalui tinjauan di laman Linked In, Hindle telah meninggalkan komen di beberapa status agen-agen bola sepak di seluruh dunia yang sedang mencari pemain baharu.

Jack Hindle linkedin Bekas Penyerang Import Kelantan Kini Gigih Mencari Pasukan
Komen yang ditinggalkan Jack Hindle.

Karier bola sepak Jack Hindle dijangka akan diurus dengan baik selepas ini selepas penyerang itu sah menandatangani perjanjian bersama sebuah agensi pemain bola sepak di England, Start Sports Management.

Ad
jack hindle star sports Bekas Penyerang Import Kelantan Kini Gigih Mencari Pasukan
Kenyataan dari Star Sports Management.

Dalam kenyataan agensi berkenaan, Jack Hindle kini merupakan agen bebas dan sudah bersedia untuk menjalani pemilihan bersama pasukan baharu.

Ad