Bekas Penyerang Juventus Sertai Selangor
Liga Super
Selangor FC & FMonline
Advertisements

Pasukan gergasi Liga Super, Selangor FC membuat keputusan untuk membawa masuk penyerang baharu bagi jendela perpindahan kedua Julai ini.

Pemain yang dimaksudkan ini ialah Boakye-yiadom yang kali terakhir beraksi di Liga Libya bersama Al-Akhdar.

Penyerang berusia 30 tahun itu memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Eropah dan pernah beraksi bersama beberapa pasukan di Serie A.

Advertisements

Bekas bintang Sasuolo itu pernah membantu pasukan untuk dipromosikan ke Serie A selain menjadi tunjang utama buat beberapa pasukan.

Bintang kelahiran Ghana ini pernah beraksi bersama gergasi Serie A, Juventus FC namun lebih menyerlah ketika di Serbia bersama Red Star Belgrade.

Selangor bagaimanapun pantas menyambar bintang tinggi lampai ini untuk menajamkan lagi jentera serangan pasukan.

Advertisements

Beliau memiliki rekod jaringan yang cukup baik apabila meledak 43 gol dan 11 bantuan gol daripada 63 perlawanan di Serbia.

Ketajaman penyudah pemain ini sudah pasti ditagih bagi membantu The Red Giants untuk layak ke pentas Asia musim hadapan.

Sebelum ini, pasukan kendalian Tan Cheng Hoe dikaitkan dengan kepulangan bekas penyerang, Ifedayo dan Caion namun kedua-duanya memilih untuk membawa haluan baharu.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram