Manchester United kini mencari penyerang sokongan setelah pasukan itu bergelut untuk menjaringkan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Bekas penyerang Stoke City yang kini bermain buat Bayern Munich, Eric Maxim Choupo-Moting telah dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford pada jendela perpindahan Januari ini.
United ketika ini hanya memiliki Rasmus Hojlund dan Anthony Martial selaku penyerang tengah namun kedua-dua pemain itu bergelut untuk menjaringkan gol.
Hojlund hanya mampu menjaringkan 1 gol dalam 15 perlawanan liga sekali gus memaksa Ten Hag untuk mencari penyerang sokongan.
Sebelum ini Manchester United pernah mendapatkan khidmat penyerang secara sementara iaitu Wout Weghorst pada Januari tahun lalu.
Choupo-Moting ketika ini merupakan penyerang kedua buat Bayern Munich setelah ketibaan Harry Kane dari Tottenham Hotspur.
Pemain berusia 34 tahun itu telah menjaringkan 2 gol dalam 14 penampilan Bundesliga untuk musim ini.
Choupo-Moting memiliki perjalanan karier yang menarik setelah berpindah ke PSG dari Stoke City dan kini menjadi pemain Bayern Munich sejak tahun 2020.
Selain Choupo-Moting, United dikhabarkan turut menyenaraikan Timo Werner, Thomas Muller dan Serhou Guirassy dalam senarai penyerang yang dikehendaki mereka.