Bekas Penyerang Terengganu Tepis Tanggapan Buruk Di Malaysia
Asia Tenggara
Persib & Terengganu
Advertisements

Bekas penyerang Terengganu FC, David Da Silva terus mengukuhkan kedudukannya selaku penyerang berbisa di Liga 1 Indonesia.

Pemain kelahiran Brazil itu merupakan tunjang utama di barisan serangan Persib Bandung sekaligus menyaksikan mereka melalui musim yang cukup cemerlang apabila menamatkan saingan di tempat ke-3 pada 2022/2023.

Kemenjadian penyerang berusia 34 tahun ini berterusan pada musim ini apabila keserasian yang sudah terjalin menjadi kunci buatnya untuk terus memperagakan aksi yang cukup memberangsakan.

Advertisements

Beliau yang sebelum ini pernah bersama Persebaya Surabaya sebelum menyertai Terengganu sudah memiliki pengalaman yang cukup luas di Liga Indonesia.

Dalam pertemuan menentang Arema FC, Da Silva menjaringkan satu gol untuk membantu pasukannya mengikat tuan rumah dengan keputusan 3-3.

Advertisements

Beliau juga menjaringkan satu gol pada aksi pembukaan liga minggu lalu ketika menentang Madura United.

Ketika beraksi di Malaysia, beliau sering dikritik hebat kerana dikatakan sebagai seorang penyerang yang statik di dalam kotak penalti.

Advertisements

Hal ini telah dibuktikannya sebagai satu kesilapan apabila beliau menjaringkan satu gol yang cantik menerusi gelecekan sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Arema.

Bekas pemain Pohang Steelers ini juga merekodkan 24 jaringan dan 5 bantuan gol dalam 33 perlawanan musim lalu selain memperoleh minit permainan hampir 2763 selama satu musim.

Advertisements

Ini sekaligus memadam episod kurang baik di Malaysia apabila beliau hanya meledak 7 gol dalam 15 perlawanan bersama skuad Peteh.

Ketajaman penyudah Silva telah membawa Persib untuk mengakhiri cabaran di tempat ketiga dan merekodkan 19 kemenangan untuk berada di belakang PSM Makassar dan Persija Jakarta.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram